May 3, 2010

Perkongsian.....

Hari ni aku belek2 laptop sambil surfing lah Internet...tiba2 aku terbuka satu 1 blog ni...blog kak chik....dan aku sangat tertarik dengan content dia...Bahasa Isteri Yang Suami Perlu Fahami....tak semestinya apa yang dipaparkan tu betul tapi sekadar perkongsian dengan para suami di luar sana...atau barangkali suamiku juga boleh membacanya...hehehe...(jgn marah ye syg)...tapi bak kata org tua2...kalau dh tido sebantal...segala perubahan sikap isteri mestilah dpt di baca oleh suami kan...cuma barangkali suami terlepas pandang..dan tak tau kenapa isteri berubah sikap...

1. Waktu merajuk
Sikap 1.
Tiba-tiba tak mahu bercakap

Maksudnya
Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu

Mengatasinya
Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

Sikap 2.
Tiba-tiba marahkan suami

Maksudnya
Dia cemburu dengan tindakan suami

Mengatasinya
Perlu selidik puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

Sikap 3.
Tiba-tiba menangis

Maksudnya
Dia sakit hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

Sikap 4.
Tidak mahu memberi khidmat

Maksudnya
Dia sungguh kecewa dengan sikap suami

Mengatasinya
Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira
Sikap 1.
Dia sudah rajin masak

Maksudnya
Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Mengatasinya
Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

Sikap 2.
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Maksudnya
Dia puas hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

Sikap 3.
Dia siap untuk tidur awal

Maksudnya
Dia sudah akur dengan kehendak suami

Mengatasinya
Pelajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

Sikap 4.
Dia bercakap dengan nada manja
Maksudnya
Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Mengatasinya
Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3. Waktu benci
Sikap 1.
Kehendak suami tidak dilayan

Maksudnya
Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Mengatasinya
Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

Sikap 2.
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Maksudnya
Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Mengatasinya
Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

Sikap 3.
Makan tidak selera

Maksudnya
Dia mahu simpati daripada suaminya

Mengatasinya
Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

Sikap 4.
Tidur seorang diri

Maksudnya
Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Mengatasinya
Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

4. Waktu mengharap
Sikap 1.
Muka masam

Maksudnya
Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Mengatasinya
Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

Sikap 2.
Meminta maaf sambil menangis

Maksudnya
Dia benar-benar insaf

Mengatasinya
Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

Sikap 3.
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
Maksudnya
Dia hendak meminta suami membelinya

Mengatasinya
Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template