July 31, 2010

HARGAILAH ISTERIMU SELAGI DIA ADA....

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu,kau merusak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kaurasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?


Pada hari penciptaan PEREMPUAN.

MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "
Lalu TUHAN menjawab
" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.

PELUKAN & CIUMAN'nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal"...

Apa itu Yaa TUHAN ??Bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"...

May 15, 2010

Happy Teachers Day....


Happy Teachers Day to all teachers in Malaysia....Semoga terus gigih dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa....Terima Kasih cikgu....

May 10, 2010

Birthday Kakak....

Hari ni birthday yana....aku n hubby tak sempat nk plan apa-apa majlis lagi untuk dia...may be combine skali ngan adik dia hujung bulan ni kot...by the way aku sempat lah wat kan dia kek coklat sebiji n sedikit 'jajan' yang dibungkus untuk diberikan dan di makan bersama rakan-rakannya di taska....Hopefully kakak enjoy....

May 9, 2010

Happy Birthday Sayang.....

Happy Upcoming 4th Birthday my dear...Semoga kakak membesar menjadi anak yang solehah...bijak...sihat...dan mampu menjaga adik-adik bila ibu ngan ayah dah tak de nanti....

Birthday kakak esok...tapi ibu saje je post awal...takut tak berkesempatan nak wat esok....aku pun tak tau nak celebrate kat mana lagi...ingat nak join venture ngan birthday adik dia next 2 weeks nanti...bulan yang sama lagi pun....tapi macam kesian lak kat dia....

Kalau vitamin m tak bnyk sgt kt badan hari ini...may be boleh wat kek sebiji kot kat dia...boleh dia bw g taska n celebrate ngan kawan2 dia...wat puding sket kot...tah lah...tengoklah macam mana...apa pun kita tungguuuuuuu......

May 8, 2010

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day...I luv u so much...

Buat ibu-ibu di luar sana...Selamat hari ibu....besar sungguh pengorbananmu Ibu...membesarkan dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang...sanggup ketepikan segala kehendakmu demi memenuhi kehendak anak-anak mu...sanggup tak makan asalkan anak-anak dapat makan...

Kalau dulu mungkin aku tak berapa nak sedar pengorbanan ibu...tapi setelah ku lalui sendiri pengalaman sebagai ibu...baru ku sedar besarnya pengorbanan seorang ibu...betapa penatnya seorang ibu mengusung perut selama 9 bulan...lepas tu menanggung sakit pula saat-saat melahirkan...belum lagi sewaktu anak-anak sakit...sanggup berjaga malam semasa anak-anak sakit...

Tiada apa yang dapat kuberikan bagi membayar segala pengorbanan mu ibu...hanyalah kasih sayang yang tidak berbelah bagi dariku...anakmu yang tak pernah sempurna ini...

I luv u mak...

May 5, 2010

Belajarlah Menghargai Orang Lain...


N3 kali ni hanyalah luahan hati dari seorng aku yang kerdil...dalam hati aku hari ini sarat dengan rasa kecewa..terkilan..bengang...kecil hati...sakit hati...etc...dengan orang-orang yang tak reti menghargai hasil kerja orang lain...to me biarlah seteruk mana pun keje org tu adalah salah untuk menegur kesilapannya di khalayak ramai...semua org ada air muka yang perlu di jaga...apa perasaan kita kalau orang buat perkara yang sama pada kita...???

Satu perkara yang aku sangat2 ingat...dan merupakan ajaran ibu ku...maafkanlah org lain biar seteruk mana orang wat kat kita coz Allah sentiasa ada untuk membantu kita...dan itulah yang aku pegang bila aku di hentam oleh orang lain...walaupun terlepas di mulutku kata-kata marah tapi aku tak pernah menyimpan dendam dan aku maafkan dia...Lagipun aku tahu..Allah itu Maha Adil...dan hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar...tak selamanya kita akan berada di atas....

Aku rasa hidup akan lebih bahagia dan gembira bila kita menghargai orang lain...apabila orang-orang di sekeliling kita gembira...kita juga akan gembira...tapi tak taulah pulak aku sekiranya ada orang yang lebih gembira hidupnya dengan menghina dan mengata orang lain...barangkali dia rasa puas dan bangga dapat meluahkan isi hatinya kepada umum tanpa mengira perasaan orang lain....barangkali dia rasa dengan cara itu orang akan lebih menyayanginya dan mengingatinya....

Apapun yang orang-orang di sekeliling ku rasakan...terpulanglah pada persepsi masing-masing...kerana Allah telah anugerahkan kepada kita akal fikiran..dan sewajarnya kita gunakan anugerah Allah itu sebaiknya...hanya kewarasan akal sahaja yang menentukan siapa kita...

Sebagai manusia biasa...sebagai ibu yang menyayangi Hannan...aku akan sentiasa belajar menghargai orang lain....Insya'Allah....

May 4, 2010

Miss My Parents....
































Dh lama betul aku tak balik kg jenguk mak ayah aku...tapi aku tak pernah lupakan mereka...no..no..no...kiranya tak nampak kat mata pun...suara mereka tetap dpt di dengar...Insya'Allah...kalau ada cuti...aku memang nak balik...
Kadang-kadang ada antara kita menjadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak pulang ke kampung...tapi pernah tak kita fikir...pernah tak mak ayah kita menjadikan kesibukan mereka sebagai alasan untuk tidak membesarkan dan mendidik kita dengan penuh kasih sayang hingga kita mampu sampai ke tahap ini...Fikir-fikirkan dan resung-renungkanlah...pastu ada lak yang kata tak ada duit nak balik ke kampung...tapi yang herannya ada pulak duit untuk bawa anak-anak dan famili pergi bercuti...adakah ibu bapa kita tidak bernilai lagi apabila kita telah punya keluarga...
Kalau kita fikirkan...berapa lamalah lagi usia mereka kat dunia ni...terlalu payahkah untuk kita menjenguk mereka di kampung setelah kita berjaya...kadang-kadang kita merasakan dengan duit yang kita berikan setiap bulan dapat membalas jasa mereka selama ini...pada kita cukuplah dengan panggilan telefon saban minggu pada mereka tanda kita ingat pada mereka...tapi sedarkah kita..bukan itu yang ibu bapa kita mahukan....bila dah tua-tua begini..melihat anak-anak dan cucu-cucu berkumpul di pondok buruk mereka merupakan suatu kebahagiaan yang tidak terucap...kalau sebelum ni mereka mungkin tak sihat...tapi bila anak cucu balik terus mereka jadi segar bugar....percayalah...
So...marilah kita sama-sama meluangkan masa menziarahi ibu bapa kita di kampung...janganlah kita terlalu menurut kesibukan kita sehingga terabai ibu bapa kita...janganlah nanti bila mereka dah tak ada barulah kita nak menyesal....

Mmmmm....teremosi lak aku hari ni...mesti kes rindu kat mak ayah ni...Insya'Allah awal bulan depan dapatlah aku sekeluarga berjumpa dengan mereka....Luv them so much...Muahhhh...

May 3, 2010

My Princess's Birthday
















Next week birthday kakak...pening dh ni...hadiah pun x cari lagi...kakak lak mcm tau2je birthday dia bulan ni....asyik sebut nk mkn kek je...skrg ni tgh pening...nak beli atau buat je kek tu...hajat hati mcm nak wat je...tapi takut tak sempat...celebrate kat mcD @ kfc je pun ok gak ekk...tah lah...tak fikir lagi...kalau tanya hubby...mesti dia akan kata...ikut pandai awak lah...

Perkongsian.....

Hari ni aku belek2 laptop sambil surfing lah Internet...tiba2 aku terbuka satu 1 blog ni...blog kak chik....dan aku sangat tertarik dengan content dia...Bahasa Isteri Yang Suami Perlu Fahami....tak semestinya apa yang dipaparkan tu betul tapi sekadar perkongsian dengan para suami di luar sana...atau barangkali suamiku juga boleh membacanya...hehehe...(jgn marah ye syg)...tapi bak kata org tua2...kalau dh tido sebantal...segala perubahan sikap isteri mestilah dpt di baca oleh suami kan...cuma barangkali suami terlepas pandang..dan tak tau kenapa isteri berubah sikap...

1. Waktu merajuk
Sikap 1.
Tiba-tiba tak mahu bercakap

Maksudnya
Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu

Mengatasinya
Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

Sikap 2.
Tiba-tiba marahkan suami

Maksudnya
Dia cemburu dengan tindakan suami

Mengatasinya
Perlu selidik puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

Sikap 3.
Tiba-tiba menangis

Maksudnya
Dia sakit hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

Sikap 4.
Tidak mahu memberi khidmat

Maksudnya
Dia sungguh kecewa dengan sikap suami

Mengatasinya
Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira
Sikap 1.
Dia sudah rajin masak

Maksudnya
Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Mengatasinya
Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

Sikap 2.
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Maksudnya
Dia puas hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

Sikap 3.
Dia siap untuk tidur awal

Maksudnya
Dia sudah akur dengan kehendak suami

Mengatasinya
Pelajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

Sikap 4.
Dia bercakap dengan nada manja
Maksudnya
Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Mengatasinya
Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3. Waktu benci
Sikap 1.
Kehendak suami tidak dilayan

Maksudnya
Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Mengatasinya
Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

Sikap 2.
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Maksudnya
Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Mengatasinya
Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

Sikap 3.
Makan tidak selera

Maksudnya
Dia mahu simpati daripada suaminya

Mengatasinya
Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

Sikap 4.
Tidur seorang diri

Maksudnya
Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Mengatasinya
Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

4. Waktu mengharap
Sikap 1.
Muka masam

Maksudnya
Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Mengatasinya
Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

Sikap 2.
Meminta maaf sambil menangis

Maksudnya
Dia benar-benar insaf

Mengatasinya
Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

Sikap 3.
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
Maksudnya
Dia hendak meminta suami membelinya

Mengatasinya
Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

May 2, 2010

Rindu Baby....

Dah lama betul tak dengar suara baby nangis kat umah....yg paling kecik skrg ni pun dh 3 thn...rasa mcm dh spai masanya untk ada baby kat umah....tiba-tiba aku jumpa lak 1 artikel tentang merancang untuk hamil ni....rasa macam kena ikut gak panduan ni....

Nak tau ke apa panduan nya...???
1) Ada ambil pil perancang...???

Jika jawapan anda ya...berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda
merancang untuk hamil....mengapa..?? Untuk memastikan badan dalam keadaan bersedia
untuk hamil...

2) Kerja anda berisiko..?? (guna plumbum,x-ray dsb nya)

Jika ya...sila elakkan..tapi kalau keje macam makan gaji macam mana nak elak kan...tak
pe...jangan risau...ambillah langkah-langkah yang perlu untuk melindungi diri anda....

3) Berat badan...(lebih atau kurang)..??

Jumpa dengan doktor...dan dapatkan nasihat berat badan ideal untuk hamil...tapi awas
ya...jangan lak diet masa hamil....kang badan tak dapat cukup zat lak....

4) Ambil makanan seimbang bagi menjamin anda sihat dan sesuai untuk hamil..

5) Amalkan senamam sekurang-kurangnya 20 minit sehari...

Mmmm...rasa-rasa mcam boleh je nak ikut panduan ni....
 
Dear Diary Blogger Template