May 5, 2010

Belajarlah Menghargai Orang Lain...


N3 kali ni hanyalah luahan hati dari seorng aku yang kerdil...dalam hati aku hari ini sarat dengan rasa kecewa..terkilan..bengang...kecil hati...sakit hati...etc...dengan orang-orang yang tak reti menghargai hasil kerja orang lain...to me biarlah seteruk mana pun keje org tu adalah salah untuk menegur kesilapannya di khalayak ramai...semua org ada air muka yang perlu di jaga...apa perasaan kita kalau orang buat perkara yang sama pada kita...???

Satu perkara yang aku sangat2 ingat...dan merupakan ajaran ibu ku...maafkanlah org lain biar seteruk mana orang wat kat kita coz Allah sentiasa ada untuk membantu kita...dan itulah yang aku pegang bila aku di hentam oleh orang lain...walaupun terlepas di mulutku kata-kata marah tapi aku tak pernah menyimpan dendam dan aku maafkan dia...Lagipun aku tahu..Allah itu Maha Adil...dan hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar...tak selamanya kita akan berada di atas....

Aku rasa hidup akan lebih bahagia dan gembira bila kita menghargai orang lain...apabila orang-orang di sekeliling kita gembira...kita juga akan gembira...tapi tak taulah pulak aku sekiranya ada orang yang lebih gembira hidupnya dengan menghina dan mengata orang lain...barangkali dia rasa puas dan bangga dapat meluahkan isi hatinya kepada umum tanpa mengira perasaan orang lain....barangkali dia rasa dengan cara itu orang akan lebih menyayanginya dan mengingatinya....

Apapun yang orang-orang di sekeliling ku rasakan...terpulanglah pada persepsi masing-masing...kerana Allah telah anugerahkan kepada kita akal fikiran..dan sewajarnya kita gunakan anugerah Allah itu sebaiknya...hanya kewarasan akal sahaja yang menentukan siapa kita...

Sebagai manusia biasa...sebagai ibu yang menyayangi Hannan...aku akan sentiasa belajar menghargai orang lain....Insya'Allah....

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template